My Add

Wednesday 7 December 2011

UMNO, BN tiada masalah gunakan dakwat kekal pada PRU 13

KUALA LUMPUR, RABU, 07 Disemver, 2011:
UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhasrat memperkenalkan sistem biometrik, penggunaan dakwat kekal ataupun mengekalkan sistem sedia ada pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, kaedah dakwat kekal yang ingin digunakan tidak mendatangkan sebarang kebimbangan kepada UMNO dan BN kerana mereka tidak pernah menyalahgunakan sistem pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

Beliau berkata, perkara itu boleh dibuktikan pada pilihan raya umum 2004 di Kelantan yang menyaksikan UMNO hanya mengalami kekalahan satu kerusi dan Pas berjaya membentuk kerajaan negeri dengan dua undi majoriti di Dewan Undangan Negeri Kemuning dan Machang.

"SPR juga telah laksanakan pilihan raya dengan adil hinggakan pembangkang boleh menang lima negeri pada pilihan raya umum ke-12,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment