My Add

Monday 5 December 2011

Kerajaan tekad kekal rekod jaga keamanan, kestabilan negara

KUALA LUMPUR, ISNIN,  05 Disember, 2011:
KERAJAAN Barisan Nasional (BN) tekad untuk meneruskan rekod memelihara keamanan dan kestabilan negara melalui kerjasama antara kaum dalam pelbagai bidang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Beliau berkata, kerjasama itu termasuk perkongsian kuasa politik dan kerjasama dalam bidang ekonomi yang menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara.

Menurutnya, kerajaan BN juga sentiasa komited untuk terus menjaga kepentingan semua kaum tanpa mengenepikan mana-mana kaum supaya kesejahteraan negara dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

"Saya percaya kaum Cina adalah kaum yang amat rasional dan mereka sentiasa mahukan sebuah negara yang stabil dan harmoni supaya dapat menjalani kehidupan dan perniagaan dalam suasana yang aman dan bahagia,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-20 Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) dan upacara mengangkat sumpah anggota jawatankuasa pusat, di sini semalam.

Dalam pada itu, Muhyiddin berharap, Hua Zong dan badan bukan kerajaan lain dapat bersama-sama kerajaan memberi sumbangan kepada usaha memperkayakan kemajmukan demi membina sebuah masyarakat Malaysia yang lebih maju. - Bernama

No comments:

Post a Comment