My Add

Monday 5 December 2011

Laman web ”Mari Berjumpa Mari Berhubung” Pulau Pinang

GEORGETOWN, ISNIN,  05 Disember, 2011:
PENDUDUK di negeri ini perlu memanfaatkan laman web "Mari Berjumpa Mari Berhubung” yang dilancarkan hari ini kerana ia merupakan satu alternatif bagi mendapatkan maklumat dan memberi pendapat mengenai dasar kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Dr Hilmi Yahya berkata, ia sesuai dengan perkembangan masa kini di mana sebahagian besar masyarakat menggunakan media sosial sebagai saluran untuk mengetahui mengenai perkembangan yang berlaku baik di dalam mahupun di luar negara.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Jaringan Komunikasi Pulau Pinang, ”Mari Berjumpa Mari Berhubung”, yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Pulau Pinang (JPPP) dan Pejabat Pembangunan Negeri, Komunikasi dan Kebudayaan.

Laman web itu boleh diakses melalui laman web www.1malaysia.com.my/mari-berjumpa-mari-berhubung/ dan diakses melalui Facebook dengan menaip PENCOMM Group. – Bernama

No comments:

Post a Comment