My Add

Thursday 15 December 2011

Kerajaan Terengganu, MB, fail saman ADUN Batu Buruk

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
KERAJAAN Negeri Terengganu dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk dari Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga yang lain atas dakwaan memfitnah berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta.

Dalam saman itu, selain kerajaan negeri dan Ahmad, turut dinamakan sebagai plaintif ialah dua peniaga iaitu Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin yang diberikan kontrak membekalkan pakaian dan peralatan sekolah.

Mereka menfailkan saman itu melalui Tetuan Hisham, Sobri dan Kadir di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam saman itu, selain Syed Azman, turut dinamakan sebagai defendan ialah pemegang permit akhbar Harakah, Datuk Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan syarikat pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd.

Dalam pernyataan tuntutan, mereka mendakwa Syed Azman telah mengarang satu artikel berbaur fitnah bertajuk ”Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?” yang disiarkan di akhbar Harakah pada 11 hingga 13 November lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment