My Add

Thursday 15 December 2011

Bukan niat untuk pancing undi dalam memberi bantuan: Nazri

BESUT, KHAMIS,15 Disember, 2011:
KERAJAAN tidak berniat untuk memancing undi melalui pelbagai jenis bantuan yang disalurkan kepada orang ramai termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dilaksanakan sekarang, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, bantuan yang diberikan itu semata-mata bagi menjalankan tanggungjawab kerajaan membantu golongan yang susah di samping menghargai mereka yang sentiasa menolong kerajaan dan memenuhi janji bahawa rakyat sentiasa didahulukan dalam pentadbiran kerajaan pada masa ini.

"Inilah antara jenis kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan kepada rakyat yang telah dilaksanakan sejak 50 tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Kampung Pengkalan Atap di Kuala Besut hari ini. Kampung itu dilanda ombak besar Ahad lepas.

Nazri berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan polemik, ucapan maupun ungkapan pembangkang yang cuba meniru pendekatan kerajaan dalam membantu mereka dengan menjanjikan slogan “negara kebajikan” sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment