My Add

Tuesday 13 December 2011

Keterangan Anwar dari kandang tertuduh hanya penafian

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Disember, 2011:
KETERANGAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh ketika dipanggil membela diri adalah penafian semata-mata serta gagal menggugat bukti pendakwaan, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata, adalah jelas sama sekali pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan pada penutupan kes pembelaan.

Mohamed Yusof, yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata, kesalahan tuduhan meliwat terhadap tertuduh (Anwar) telah dibuktikan dengan melangkaui keraguan munasabah.

Katanya, Anwar dalam keterangan dari kandang tertuduh tidak memberi versinya mengenai dakwaan insiden itu bagi mematahkan keterangan saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang menjadi pengadu dalam kes itu.

Katanya, adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh selain penafian mutlak mempunyai hubungan seksual dengan pengadu, tertuduh tidak sama sekali mempertikaikan bukti pihak pendakwaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment