My Add

Tuesday 13 December 2011

Biar syarikat sangat kaya beli kepentingan Proton: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Disember, 2011:PENASIHAT Proton Holdings Bhd, Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau mahu melihat syarikat yang mempunyai jumlah wang paling banyak membeli kepentingan yang mahu dijual oleh Khazanah Nasional Bhd.

"Pada masa ini, Proton tidak dapat membuat kemajuan, memperkenal kenderaan baharu dan sebagainya kerana kekurangan dana,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Larian Sahara Dinas Emas di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, Khazanah perlu membuat keputusan memandangkan saham berkenaan milik syarikat.

"Saya mendapat tahu (Khazanah) mahu menjual, namun belum membuat pengumuman.

“Ia mungkin baik, bergantung kepada siapa yang akan mengambil alih dan berapa banyak yang mereka bayar,” katanya.

Kebimbangan Dr Mahathir ialah jika harga saham itu terlalu tinggi, pemulihan syarikat mungkin sukar.

"Seperti benda lain, jika kos modal sangat tinggi, agak sukar untuk membuat keuntungan,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment