My Add

Tuesday 6 December 2011

Kor Ming hina kedaulatan negeri Perak dan institusi diraja?

IPOH, SELASA, 06 Disember, 2011:
MENTERI Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendakwa Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming telah menghina kedaulatan Perak dan institusi diraja kerana mengeluarkan kenyataan “Perak Darul Kartun”.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin beliau perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.

"Dengan sikap Kor Ming ini, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin macam ini ke yang perlu diikut? Kata-katanya menggelar “Perak Darul Kartun” ini telah menghina Perak,” katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna Bangunan SUK hari ini.

Beliau diminta mengulas lanjut tindakan Kor Ming yang mengeluarkan kata-kata seperti itu termasuk menghina Zambry pada majlis ceramah 9 September lepas.

Setelah dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan, Kor Ming baru-baru ini telah memohon maaf kepada Zambry kerana menggelarkannya “hitam metalik”. – Bernama

No comments:

Post a Comment