My Add

Tuesday 6 December 2011

Jawatankuasa akan ditubuh untuk pinda AUKU – Khaled

PUTRAJAYA, SELASA, 06 Disember, 2011:
SEBUAH jawatankuasa akan ditubuh bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan pelajar berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, terma rujukan pindaan itu juga akan diwujudkan dan kedua-dua perkara tersebut akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat.

Jawatankuasa tersebut akan memulakan draf pindaan itu sebaik mendapat kebenaran Kabinet, dan pindaan tersebut diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi Mac akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Latihan Graduan Industri Tinggi (HEIGIP) di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pindaan tersebut akan menekankan dua prinsip iaitu politik partisan tidak boleh dibawa ke dalam kampus dan pelajar yang mencapai umur 21 tahun, boleh menyertai mana-mana parti politik.

Beliau berkata, ia akan melibatkan lebih satu juta pelajar di mana selain pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), beberapa akta lain akan turut dipinda untuk perkara sama termasuk bagi pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), institut perguruan, politeknik dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak tertakluk di bawah AUKU tetapi mempunyai aktanya yang tersendiri. – Bernama

No comments:

Post a Comment