My Add

Monday 26 December 2011

Lebih 20,000 sertai TPM di Rumah Terbuka Malaysia Krismas

KAJANG, ISNIN, 26 Disember, 2011: Lebih 20,000 tetamu daripada pelbagai kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang hari ini.

Majlis yang bermula sejak 10 pagi itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman pada kira-kira 3.30 petang.

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz serta Datuk Joseph Salang.

Terdahulu, Muhyiddin bersama pemimpin lain mengunjungi rumah Peter Ng Ah Kaw yang menerima bantuan baik pulih kediaman melalui program Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Ah Kaw, 70, menerima sumbangan tunai RM1,000, barangan keperluan asas dan plak 1Malaysia. Turut menerima sumbangan ialah Voral Vengadasamy, 80, dan Na An Tai, 46. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment