My Add

Monday 26 December 2011

Menteri mahu BAM, Misbun berdamai demi badminton negara

KEMAMAN, ISNIN, 26 Disember, 2011: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Datuk Misbun Sidek mencari satu formula untuk mengubat ”kerinduan” pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terhadap bekas jurulatihnya itu.

Beliau berkata, kedua-dua pihak perlu meletakkan soal menjaga air muka masing-masing ke tepi, sebaliknya meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan demi masa depan badminton negara.

“Kedua-dua perlu mencari formula, jangan terlalu fikir soal air muka masing-masing kerana kepentingan negara lebih penting. Ini bukan soal nak jaga air muka sesiapa kerana tiada air muka sesiapa pun yang terjejas.

“Sekarang ini Misbun takut air muka beliau terjejas kalau kembali, BAM pula takut dikatakan menjilat ludahnya kembali. Yang paling penting sekarang air muka negara yang perlu dijaga,” katanya di sini hari ini sebagai mengulas hasra t Chong Wei yang ingin mendapatkan Misbun sebagai jurulatihnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment