My Add

Monday 26 December 2011

Lebih 22 dikhuaitiri lemas bot penumpang terbalik

NEW DELHI, ISNIN, 26 Disember, 2011: Lebih 22 penumpang dikhuatiri mati selepas bot persiaran yang mereka naiki, terbalik di sebuah tasik di wilayah Tamil Nadu, selatan India, semalam, lapor media tempatan.

Menurut agensi berita The Press Trust of India, bot tersebut yang sarat dengan 25 penumpang itu sedang berlayar di sekitar tasik kira-kira 60 kilometer dari ibu negara, Chennai sebelum ia terbalik.

Tambahnya, pasukan polis berjaya menyelamatkan tiga penumpang dan menemui 12 mayat manakala 10 lagi dilaporkan masih hilang. 

19 korban, 40 lagi cedera serangan bom berani mati
Dari KABUL dilapoorkan, sekurang-kurangnya 19 orang terkorban dan 40 lagi cedera dalam satu serangan bom berani mati di sebuah upacara pengebumian di timur laut Afghanistan, kata pegawai semalam.

Datuk Bandar wilayah Takhar, Abdul Jabar Taqwa berkata, serangan itu berlaku ketika orang ramai sedang berkabung di upacara pengembumian seorang kakitangan kerajaan di bandar Talugan.

“Seramai 19 orang terbunuh termasuk Abdul Mutalib, seorang ahli Parlimen dari Takhar,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment