My Add

Monday 26 December 2011

Pusat industri pertahanan di Sungkai tarik pelaburan RM4.73b

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersama ahli-ahli Jawatankuasa Gerak Kerja Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Ke-13 pada pelancaran jentera itu bagi peringkat Parlimen Bagan Datoh, semalam.

HUTAN MELINTANG, ISNIN, 26 Disember, 2o11: Pusat industri pertahanan pertama negara yang bakal dibangunkan di Sungkai, dekat Tanjung Malim pada suku pertama tahun depan berjaya menarik pelaburan asing bernilai RM4.73 bilion. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelaburan itu diperoleh daripada 25 syarikat pertahanan iaitu 15 syarikat dari Eropah, lapan dari Amerika Syarikat dan Amerika Utara serta dua dari Korea Selatan.

"Kementerian turut menerima tawaran daripada beberapa syarikat dari China dan India yang berminat melabur dalam projek berkenaan," katanya selepas melancarkan Jentera Gerak Kerja Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Ke-13 Peringkat Parlimen Bagan Datoh, di sini, semalam

Beliau berkata, demikian mengulas perkembangan terkini industri pertahanan pertama negara yang bakal dibangunkan di Sungkai, tahun depan. 

Kerajaan sebelum ini yakin pusat industri pertahanan itu mampu meraih pelaburan bernilai RM15.3 billion dalam tempoh lima tahun selepas ia mula beroperasi pada 2014. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid juga meminta syarikat tempatan menggunakan peluang berkenaan untuk menyertai projek pusat industri pertahanan negara itu.

No comments:

Post a Comment