My Add

Thursday 8 December 2011

Letih, letih – Nik Aziz

KOTA BHARU, KHAMIS, 08 Disember, 2011:
USAHA pihak wartawan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung ceramah Shamsul Zaman Sukri yang menyamakannya dengan nabi, gagal, apabila Musyidul Am Pas itu memberi alasan keletihan dan terus beredar selepas merasmikan satu majlis.

“Letih, letih,” katanya ringkas ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan 2011 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim di sini, semalam.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz enggan bertanggungjawab terhadap isu tersebut dengan alasan ia ditimbulkan oleh orang lain.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mendesak Menteri Besar Kelantan itu bertanggungjawab dan tidak ‘lepas tangan’ kerana perkara yang dibangkitkan oleh Shamsul Zaman membabitkan soal akidah.

Sekumpulan penduduk kampung dari daerah Pasir Mas juga tampil ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk menyerahkan salinan rakaman ceramah pendakwah terbabit bagi membolehkan tindakan susulan diambil - UM

No comments:

Post a Comment