My Add

Saturday 10 December 2011

Lima 2011 paling berjaya - Ahmad Zahid Hamidi

LANGKAWI, SABTU, 10 Disember, 2011:PAMERAN Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA ”11) akan dapat menarik 125,000 pengunjung apabila ia berakhir di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) petang ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah pengunjung itu termasuk 34,000 pelawat perdagangan pada segmen udara dalam pameran itu di MIEC.

“Bagi segmen maritim, kita menerima 21,000 pengunjung bagi pelawat kerjaya dan begitu juga 14,000 pelawat kapal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini, hari terakhir pada pameran lima hari itu.

Ahmad Zahid menyifatkan edisi ke-11 LIMA sebagai yang paling berjaya sejak ia pertama kali diadakan pada 1991.

Malaysia Book of Records juga mengiktiraf pameran udara LIMA ”11 sebagai yang paling besar pernah diadakan di Malaysia dengan menyerahkan sijil itu kepada menteri. - Bernama

No comments:

Post a Comment