My Add

Saturday 10 December 2011

UMNO cabar DAP letak calon Melayu di Kelantan

BACHOK, SABTU, 10 Disember, 2011:
BADAN Perhubungan UMNO Kelantan mencabar DAP supaya turut meletak calonnya di kalangan orang Melayu untuk bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, selama ini yang berkuasa di kalangan pembangkang adalah DAP dan bukan Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kita setuju DAP bertanding di Kelantan biar rakyat Kelantan menilai nak (mahukan) DAP atau Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas menutup program memperkasakan ukhuwah di kalangan penduduk di Kampung Kubang Telaga, di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment