My Add

Tuesday 6 December 2011

LIMA: Pengeluaran helikopter EC725 TUDM ditayangkan

LANGKAWI, SELAA, 60 Disember, 2011:
PENGELUARAN helikopter Eurocopter EC725 yang pertama bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditayangkan hari ini menerusi siaran langsung dari premis syarikat berkenaan di Marignane, Perancis.

Ia dipancarkan ke Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) untuk tontonan hadirin, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ini adalah pesawat pertama daripada 12 helikopter EC725 yang diperoleh Malaysia bagi misi mencari dan menyelamat mengikut terma kontrak yang dimeterai pada 2010.

"Kami ingin berkongsi saat bersejarah ini dengan Malaysia, memberi kepada hadirin di LIMA 2011 gambaran awal helikopter terkini yang akan berkhidmat di negara berkenaan dalam pelbagai operasi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eurocopter, Lutz Bertling.

Dalam siaran langsung dari ibu pejabat Eurocopter di Marignane dan tapak pengeluaran hari ini, pesawat berkenaan diperkenalkan oleh pasukan projek TUDM di tapak.

Eurocopter berkata, program pemerolehan itu berjalan mengikut jadual, dengan sejumlah lapan helikopter sedang dalam proses pengeluaran, dan pesawat pertama akan menjalani ujian penerbangan tidak lama lagi.

Penghantaran EC725 ke Malaysia akan bermula tahun depan dan diteruskan sehingga awal 2014. – Bernama

No comments:

Post a Comment