My Add

Monday 26 December 2011

Mahasiswa jangan terikut cara pembangkang

 AHMAD Maslan bersalaman dengan ahli PPPMM pada majlis Perasmian Gagasan 1Malaysia anjuran PPPMM di Kompleks Belia dan Sukan, Johor Bahru, semalam.



PONTIAN, ISNIN, 26 Disember, 2011: Golongan mahasiswa dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut cara pembangkang dengan mengadakan demonstrasi jalanan bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, mahasiswa tidak perlu berarak beramai-ramai tetapi memadai menghantar wakil mereka ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyerahkan bantahan kerana tumpuan mereka untuk belajar bukan berpolitik.

"Sepatutnya mereka pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyerahkan memorandum, bukannya mengadakan perarakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati," katanya ketika diminta mengulas tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengadakan bantahan termasuk menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian ditemui selepas merasmikan jambatan baru di Kampung Tampok Laut, Benut yang dibina dengan kos RM500,000, di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO turut menyifatkan tindakan seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli menurun bendera tersebut sebagai biadab dan menunjukkan kedangkalan berpolitik. - UM

No comments:

Post a Comment