My Add

Monday 26 December 2011

Pemimpin Pas Felda Kemahang 3 masuk UMNO

TANAH MERAH, ISNIN, 26 Disember, 2011: Timbalan Ketua Pas cawangan Felda Kemahang 3 di sini, Mohd. Ramli Deramin, 54, semalam meletakkan jawatan yang dipegangnya sejak tiga penggal lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu.

Katanya, sebahagian besar daripada 304 peneroka di tanah rancangan itu yang menyertai Pas sebelum ini juga akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi ahli UMNO dalam tempoh terdekat.

''Langkah itu diambil kerana mereka berasa dianiaya pemimpin Pas yang tidak turun padang untuk bersama-sama mereka menghadapi pelbagai masalah dan kemelut melanda peneroka di kawasan tersebut,'' katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di sini, semalam.

Menurutnya, dulu dia pernah menjadi ahli UMNO tetapi berjaya dipengaruhi parti pembangkang itu yang memberi pelbagai janji manis.

Namun, katanya, selepas tiga penggal dan melihat sendiri kegagalan Pas, dia dan ahli lain hilang keyakinan dan kepercayaan kepada parti tersebut.

''Keputusan saya keluar Pas kerana yakin UMNO berpegang pada janji untuk menunaikan tanggungjawab apabila sering datang menjenguk dan bertanya khabar peneroka di sini biarpun pada pilihan raya lalu mereka kalah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, dia dan ahli Pas lain berazam akan bersama-sama UMNO pada masa akan datang kerana mendakwa hanya parti itu yang benar-benar dilihat mampu memperjuangkan nasib orang Melayu terutama dalam kalangan peneroka seperti mereka. - UM


No comments:

Post a Comment