My Add

Tuesday 6 December 2011

Malaysia jadi hub pengeluaran produk maritim, aeroangkasa

LANGKAWI, SELASA, 06 Disember, 2011: MALAYSIA berpotensi dibangunkan sebagai hub pengeluaran kelengkapan maritim dan aeroangkasa dunia berikutan wujud keyakinan pemain utama industri itu, khususnya dari Eropah dan Amerika terhadap kemampuan syarikat tempatan. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkembangan itu terbukti dengan peningkatan jumlah penyertaan dalam Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2011 (LIMA2011), terutama membabitkan syarikat pempamer gergasi luar negara.

"LIMA2011 bukan sekadar acara pameran atau medan untuk mencari peluang perniagaan, sebaliknya memberi kesan secara langsung terhadap perkembangan sektor aeroangkasa dan maritim tempatan melalui pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran.

"Ini jelas membuktikan keyakinan syarikat luar terbabit terhadap kemampuan anak tempatan, di mana peluang kerjasama itu harus dimanfaatkan untuk terus merangsang pertumbuhan sektor aeroangkasa dan maritim negara," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi. 

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Pengerusi HW LIMA, Tan Sri Abdul Wahab Nawi selaku penganjur utama LIMA2011. 

No comments:

Post a Comment