My Add

Tuesday 6 December 2011

Sejarah: MDKP heret 1,000 pemilik premis ke mahkamah

JITRA, SELASA, 06 Disember, 2011:
MAJLIS Daerah Kubang Pasu (MDKP) bakal mencipta sejarah apabila mengambil tindakan mendakwa kira-kira 1,000 pemilik premis yang ingkar menjelaskan cukai pintu melebihi lima tahun, awal tahun depan.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Tunggakan Hasil dan Pakir MDKP, Zakariya Ahmad berkata, fail pemilik premis berkenaan telah dibuka dan pendakwaan akan dilakukan mulai awal tahun depan.

"Tindakan mahkamah oleh MDKP adalah langkah terakhir tetapi kerana respons orang ramai kurang memberangsangkan, ia perlu diambil,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, MDKP hanya dapat mengutip RM1.2 juta dari RM3.4 juta cukai pintu tertunggak yang melebihi lima tahun dan ada yang menjangkau 10 tahun.

Kutipan cukai semasa bagi tahun 2011 yang berjumlah RM3.5 juta adalah memuaskan dengan lebih 50 peratus pemilik premis telah menjelaskan cukai pintu masing-masing.

Beliau menasihatkan orang ramai menjelaskan cukai pintu sebelum 28 Februari depan bagi mengelak daripada dikenakan tindakan mahkamah. – Bernama

No comments:

Post a Comment