My Add

Thursday 22 December 2011

Manfaatkan kepakaran negara

NAJIB Tun Razak bersama Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz melihat koleksi siri mata wang baharu selepas majlis pelancaran Pelan Induk Kewangan dan siri mata wang baharu yang bakal dikeluarkan oleh BNM di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/Amin Farij Hasan


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL 
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Disember, 2011: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menaruh harapan yang tinggi untuk melihat sektor kewangan negara memainkan peranan penting sebagai perantara rentas sempadan bagi dana kewangan Asia.

Kata Perdana Menteri, ia boleh dicapai dengan institusi kewangan Malaysia meneroka ke luar negara dan mengaplikasikan kejayaan mereka di negara ini dalam pasaran baru tersebut.

‘‘Ini termasuk dengan meningkatkan rangkaian serantau, menyediakan perkhidmatan yang berdaya saing, berkualiti tinggi dan menjadi rakan kongsi bertanggungjawab kepada sektor kewangan serantau.

“Pada masa sama, ketika sektor kewangan Islam menjadi satu komponen yang lebih penting dalam sistem kewangan global, Malaysia juga perlu membangun dan memanfaatkan kepakaran yang kita miliki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Sektor Kewangan 2011-2010 dan Mata Wang Siri Baharu di sini hari ini.

Najib menambah, pelan sektor kewangan yang baru dilancarkan itu juga mendokong kepada Model Baru Ekonomi (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Apa yang lebih menarik kata beliau, pelan baru itu memberi penekanan kepada pertumbuhan yang seimbang dan inklusif serta merangkumi seluruh rakyat Malaysia yang menjadi sebahagian daripadanya.

‘‘Sebagai contoh, pelan ini akan memastikan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan pedalaman mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang cekap dari segi kos dan berkualiti tinggi.

‘‘Ia juga akan meletakkan negara pada kedudukan terbaik untuk memastikan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia terkecuali daripada menikmati peluang yang adil dan setiap rakyat diberi peluang untuk meningkatkan ekonomi mereka serta untuk anak-anak mereka,” kata beliau.

Dalam masa sama tambah Najib, terdapat keperluan mendesak bagi pengawal selia sektor kewangan serta pembuat dasar untuk berganding bahu ke arah menggalakkan kestabilan kewangan serantau.

Dengan sokongan aturan kerjasama dan kumpulan kawal selia yang baik, ia juga dapat membantu melindungi kepentingan bersama ekonomi negara. - UM

No comments:

Post a Comment