My Add

Thursday 22 December 2011

Latif Ibrahim kritikal di IJN

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Disember, 2011: Penyanyi veteran tanah air, Abd. Latif Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim, 61, kini berada dalam keadaan kritikal di Institut Jantung Negara (IJN).

Penyanyi lelaki era 70-an yang terkenal dengan lagu Nora itu dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN setelah diserang sakit jantung di rumahnya, Ahad lalu.


Adiknya yang juga penyanyi popular, Datuk Khadijah Ibrahim berkata, walaupun masih berada dalam keadaan kritikal, namun Latif sudah boleh berkomunikasi.

“Dia (Latif) sudah sedar dan mula bertutur, namun dalam kadar yang sangat sedikit.

“Buat masa ini, kami sedang menunggu kepulangan doktor yang menguruskan Latif balik dari Surabaya, Indonesia bagi mendapatkan keputusan berhubung keadaan kesihatannya.

“Saya harap orang ramai dapat sama-sama mendoakan kesihatan Latif Ibrahim dan dia akan kembali sembuh seperti sediakala,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Buat masa sekarang, jelas Khadijah, pelawat tidak dibenarkan menziarahi abangnya itu atas nasihat pihak IJN.

No comments:

Post a Comment