My Add

Wednesday 7 December 2011

Mangsa banjir dijamin terima bantuan dengan segera

BESUT, RABU, 07 Disember, 2011: KERAJAAN memberi jaminan bahawa kesemua mangsa banjir akan diberi bantuan wang ihsan dengan segera. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerajaan sudah menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi membantu mereka yang terbabit dengan banjir.

"Melalui peruntukan yang disalurkan dari Tabung Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara, setiap keluarga yang terbabit dengan banjir akan menerima RM500 untuk sekali terima," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menyampaikan bantuan kepada 311 keluarga yang terbabit dengan banjir di daerah Besut pada 21 November lalu yang keseluruhan bantuan itu berjumlah RM155,500. 

Mohamed Nazri berkata pemberian itu yang paling cepat disalurkan kepada mangsa berbanding tahun lalu yang memakan mangsa lebih dua bulan. 

Bantuan seumpama itu akan diteruskan di daerah Bachok, Kelantan esok manakala daerah lain dalam jangka masa dua minggu lagi selepas data bilangan mangsa banjir dikemaskinikan, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment