My Add

Friday 23 December 2011

Masjid kegunaan satu golongan menyalahi tujuan asal

BESUT, JUMAAT, 23 Disember, 2011: Masjid yang dibina hanya untuk kegunaan satu golongan sahaja seperti yang diamalkan Pas menyalahi tujuan pembinaan sesebuah masjid yang sepatutnya digunakan sebagai medium menyatupadukan umat Islam.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin berkata, Pas perlu meletakkan soal perpaduan sebagai keutamaan dan bukan bertindak mengelirukan penyokong mereka sehingga menjadikan masjid sebagai tempat mereka mengembangkan ideologi politik sempit.

"Dalam mendirikan solat Jumaat kita mesti taat kepada Allah, kepada Rasul dan Ulul Amri (pemerintah) barulah pendirian sesebuah masjid itu tidak dipersoalkan di belakang hari,” katanya kepada media di sini hari ini.

Abdullah yang juga bekas Ahli Fatwa Negeri berkata, pembinaan sesebuah masjid juga tidak boleh dibuat sesuka hati bagi mengelakkan perpecahan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment