My Add

Tuesday 13 December 2011

Masjid Negara anjur kempen derma darah sempena tahun baru

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Disember, 2011:
MASJID Negara akan menganjurkan kegiatan kebajikan alternatif kempen derma darah bersempena tahun baru 2012 di Anjung Makam Pahlawan masjid itu pada 30 Disember ini.

Menurut kenyataan masjid itu, selain kempen, pameran pendidikan kesihatan juga diadakan pada hari tersebut di samping kaunter pendaftaran pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kempen derma darah untuk mengalakkan orang ramai menderma mengisi bekalan darah di Pusat Darah Negara dan pameran pula memberi maklumat tentang penjagaan kesihatan,” kata kenyataan itu.

Pengunjung berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma manakala beberapa agensi kerajaan lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Aids Malaysia dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan turut membuka kaunter. - Bernama

No comments:

Post a Comment