My Add

Tuesday 13 December 2011

Sakit tua: Isteri Tun Datu Mustapha meninggal dunia

KOTA KINABALU, SELASA, 13 Disember, 2011:HAWIA Panglima Mohd, 82, isteri bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Allahyarham Tun Datu Mustapha Harun, meninggal dunia malam tadi kerana sakit tua.

Allahyarham adalah ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kawasan Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha.

Isteri Amir Kahar, Datin Aminah Ambrose berkata, ibu mentuanya yang berasal dari Kampung Pulau Mandidara, Banggi, meninggal dunia pada 10 malam tadi di rumahnya di Penampang dekat sini selepas mengalami masalah pernafasan sejak tiga bulan lepas.

Jenazah Hawia dikebumikan di Putatan selepas solat zohor. – Bernama

No comments:

Post a Comment