My Add

Thursday 15 December 2011

MB puji prestasi polis Johor

JOHOR BAHARU, KHAMIS, 15 Disember, 2011: 
MENTERI Besar, Datuk Abdul Ghani Othman memuji prestasi yang dipamerkan polis Johor dalam menjaga keselamatan negeri itu khasnya di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia yang pesat membangun. 

Beliau berkata, di bawah kepimpinan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, polis Johor menunjukkan komitmen yang tinggi dengan mencatatkan pelbagai kejayaan dalam membanteras jenayah.

“Keterbukaan polis Johor mengadakan kerjasama erat dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pihak swasta membawa kesan positif yang memberikan imej baik kepada kerajaan negeri.

"Mudah-mudahan keadaan ini akan memberikan nilai tambah kepada kerajaan dan nikmatnya dilimpahkan kepada masyarakat melalui keyakinan pelabur yang memberikan kemakmuran kepada Johor," katanya ketika majlis Malam Penghargaan Polis Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, malam tadi. 

Abdul Ghani menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad dan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintinden Mohamad Othman Sebot yang bersara baru-baru ini serta anggota polis yang berkhidmat dengan cemerlang tahun ini. 

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi Persatuan Keluarga Polis Johor untuk menjalankan aktiviti persatuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment