My Add

Saturday 10 December 2011

Media diminta siar kes penyelewengan koperasi - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, SABTU,10 Disember, 2011: 
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta media menyiarkan berita mengenai kes penyelewengan serta pendakwaan ke atas koperasi, termasuk yang menjalankan skim cepat kaya.

Beliau berkata, ini dapat mendidik masyarakat menjadi pengguna bijak dan tidak mudah tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pada masa sama, kisah kejayaan koperasi juga wajar disiarkan sebagai pendorong kepada orang ramai untuk menganggotai koperasi,” katanya pada Malam Mesra Media 2011 anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) di sini, malam tadi.

Ismail Sabri juga meminta SKM menjalinkan kerjasama lebih erat dengan media bagi membantu kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai fungsi utama badan itu.

"Peranan media amat diperlukan dalam pembangunan negara khasnya dalam membentuk pemikiran positif rakyat terhadap dasar serta program yang dirancang oleh kerajaan,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment