My Add

Thursday 15 December 2011

MIC gerak kempen edar borang BR1M

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Disember, 2011:
PEMUDA MIC hari ini mengambil inisiatif mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari rumah ke rumah melalui kempen Jom Daftar BR1M di seluruh negara.

Ketuanya, T. Mohan berkata, ia adalah bagi memastikan tiada isi rumah yang layak, tercicir mendapat bantuan kerajaan sebanyak RM500 itu.

Menurutnya, untuk menjayakan usaha itu, Pemuda MIC mencetak 50,000 borang untuk diedarkan di kawasan bandar dan juga pedalaman.

"Saya mengarahkan semua ketua bahagian dan cawangan supaya berbuat demikian di kawasan mereka," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat MIC di sini semalam.

Kata Mohan, pemimpin akar umbi boleh mendapatkan borang permohonan berkenaan dan membuat salinan untuk diedarkan kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Tambahnya, pada masa sama pergerakan itu mengadakan aktiviti membabitkan masyarakat di kawasan perumahan terpilih pada setiap hari minggu bagi memudahkan penduduk mendapat khidmat mereka.

Beliau memberitahu, kira-kira 50 peratus daripada golongan pekerja berketurunan India di negara ini memperoleh pendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Katanya, pemberian RM500 sekurang-kurangnya dapat membantu mereka membuat persiapan sekolah anak masing-masing. - UM

No comments:

Post a Comment