My Add

Wednesday 7 December 2011

Minta mahasiswa di IPTS diberi kebebasan bersuara

PUTRAJAYA, SELASA, 07 Disember, 2011:
SOLIDARITI Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (GMI) menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi menuntut agar kebebasan bersuara turut diberikan kepada mahasiswa yang berada di institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

Pengerusi SMM, Shukri Abdul Hadi berkata, penyerahan memorandum itu selari dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengumumkan Seksyen 15 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan perkara 10 dalam Perlembagaan mengenai kebebasan bersuara mahasiswa.

"Oleh itu, memorandum ini diusulkan kepada pihak kementerian dengan harapan agar pindaan AUKU dapat disusuli dengan pindaan beberapa akta lain yang turut menindas hak dan kebebasan mahasiswa.

"Dalam hal ini kami menyerahkan memorandum menuntut agar Akta 174 dan Akta 555 berkaitan kebebasan institusi pengajian swasta turut dimansuhkan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam. - UM

No comments:

Post a Comment