My Add

Tuesday 6 December 2011

MRO di Kunming: Airod, MAE meterai niaga janji teknikal

LANGKAWI, SELASA, 06 Disember, 2011:
AIROD Sdn Bhd hari ini memeterai perjanjian perkhidmatan perundingan teknikal (TCSA) dengan Malaysian Aerospace Engineering Sdn Bhd (MAE) untuk pembangunan kelompok penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming yang baharu.

Perjanjian itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif MAE, Roslan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Airod, Datuk Kamil Aziz bersempena dengan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa (LIMA) 2011 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pelantikan MAE sebagai perunding teknikal oleh Airod menandakan sudah datang masanya untuk kerjasama berpanjangan antara kedua-dua peserta MRO tempatan terkemuka dalam usaha menjadi peserta MRO terkemuka dunia,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Airod dan MAE.

MAE dahulu dikenali sebagai bahagian Kejuruteraan dan Penyenggaraan MAS yang mempunyai lebih 5,000 pekerja berpengalaman yang memberi perkhidmatan kepada lebih 100 pengguna global.

Skop perjanjian TCSA pada permulaannya meliputi tiga tahun. – Bernama

No comments:

Post a Comment