My Add

Thursday 8 December 2011

Najib lancar Pelan Induk Pelancongan Langkawi

 PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tiga dari kanan) melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi pada Majlis Pelancaran Blueprint Pelancongan Langkawi di The Westin Langkawi Resort, Langkawi, hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad
LANGKAWI. KHAMIS. 08 Disember, 2011: 
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan Pelan Induk Pelancongan Langkawi (BPL) di sebuah hotel terkemuka di sini. 

BPL akan dilaksanakan dalam tempoh 2011-2015 bagi mencapai aspirasi untuk menjadikan Langkawi sebagai Global Top 10 Island dan Eco-Adventure Destination menjelang 2015.

Melalui pelaksanaan BPL, pendapatan pelancongan Langkawi dijangka meningkat dua kali ganda kepada RM3.8 bilion dan menjana 4,200 peluang pekerjaan baru menjelang 2015.
Hasrat itu didokong oleh peruntukan kerajaan berjumlah RM420 juta seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 dan juga pelaburan oleh swasta. 

Bagi mencapai hasrat itu, BPL menggariskan 14 inisiatif utama yang dijangka merancakkan semula industri pelancongan di Langkawi . 

Sementara itu, pada majlis yang sama, memorandum persefahaman dimeterai di antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Taylor's University untuk membangunkan akademi pelancongan di pulau peranginan berkenaan. 

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

No comments:

Post a Comment