My Add

Thursday 8 December 2011

Najib rasmi Wisma UMNO Bahagian Langkawi yang baru

LANGKAWI, KHAMIS, 08 dISEMBER, 2011: 
DATUK Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan Wisma UMNO Langkawi yang baru di Pusat Bandar Kuah di sini. 

Bangunan baru berkenaan yang berharga kira-kira RM1.65 juta itu mula digunakan sejak Julai lalu.

Presiden UMNO itu ketika berucap berkata, bangunan baru itu tepat pada masanya yang indah dan serba lengkap dengan kemudahanan dan sebagai cerminan UMNO adalah parti yang mendapat sokongan padu.

"Tempatnya strategik di tengah pekan Kuah dan dianggap sebagai luahan hati nurani, bukan saja melalui bangunan baru tetapi lebih penting ialah berkhidmat kepada rakyat. 

"Biar sebagai parti kita dilihat dan diterima sebagai parti yang bukan saja mampu menunaikan janji tetapi sentiasa mendahulukan rakyat, kepentingan rakyat dan usaha serta kejutan yang dilakukan," katanya. 

Sebelum ini, UMNO Langkawi menyewa di Langkawi Plaza selama tiga tahun. 

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad. 

Ketibaan Perdana Menteri yang juga Presi den UMNO turut diiringi Konvoi Gelombang Merah seramai lebih 100 penunggang motosikal selepas melancarkan tapak Projek Kilim dan Pusat Discovery Geopark di Jeti Kilim. 

Sementara itu, pada majlis yang sama, kerajaan Pusat menyerahkan bantuan RM17 juta bagi tujuan pembangunan nelayan di pulau berkenaan.

No comments:

Post a Comment