My Add

Saturday 3 December 2011

Negara rugi RM9b akibat kemalangan jalan raya

KUALA LUMUT, SABTU  03 Disember, 2011:
NEGARA mengalami kerugian kira-kira RM9 bilion setahun atau dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bernilai RM528 bilion pada tahun 2010 akibat kes-kes kemalangan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, isu keselamatan jalan raya merupakan isu sejagat dan dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian bagi golongan di bawah umur 16 hingga 25 tahun di dunia.

Menurutnya, selain mencari jalan mengurangkan kadar kemalangan dan kematian, MKJR juga mampu menyumbang sehingga 2 peratus kepada pertumbuhan ekonomi negara sekiranya masalah kemalangan jalan raya dapat ditangani secara berkesan.

"Pertemuan hari ini merupakan peluang terbaik untuk melihat dan menilai semula isu-isu semasa keselamatan jalan raya termasuk kemajuan pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MKJR) Kali Ke–52 di sini hari ini. — Bernama

No comments:

Post a Comment