My Add

Saturday 3 December 2011

UMNO terus kental perjuangkan Melayu - Wakil Sabah

KUALA LUMPUR, SABTU, 03 Disember, 2011:
UMNO perlu terus kental dan berani dalam memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam, kata wakil Sabah, Datuk Mohd. Suhaili Mohd. Said.

Katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil langkah terbaik dengan mengikut jejak langkah empat khalifah al-Rashidin dalam mengukuhkan parti.

"Saya menyokong Datuk Seri Presiden meneruskan kesinambungan perjuangan khalifah tersebut bagi menyelamatkan perjuangan UMNO dari dicemari unsur negatif dari pembangkang,” katanya semasa membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini.

Beliau berkata, Najib telah mewujudkan satu rangka kerja bagi UMNO menjadi parti yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara dalam memerdekakan umat Islam dengan mengambil contoh perjuangan empat khalifah itu (Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali Abi Talib).

Beliau berkata Sabah juga kagum dan bangga dengan ketegasan Najib yang juga Perdana Menteri apabila berani mempertahankan hak rakyat di Sabah supaya negeri itu mencapai kemajuan dan kemakmuran seperti di Semenanjung. — Bernama

No comments:

Post a Comment