My Add

Thursday 8 December 2011

Nga Kor Ming makin biadab

IPOH, KHAMIS, 08 Disember, 2011:
BEBERAPA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membidas sikap biadab Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang berterusan memburukkan imej pemimpin negeri termasuk mempersendakan nama negeri ini dengan panggilan 'Perak Darul Kartun'.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, Ahli Parlimen Taiping itu seperti orang yang sudah hilang pedoman dan mempunyai masalah apabila bertindak sedemikian.

Sebagai pemimpin, katanya, Kor Ming perlu menunjukkan sikap terpuji dan tidak seharusnya melakukan provokasi yang akhirnya memakan diri sendiri.

"Apabila dia menggelarkan Perak sebagai Darul Kartun, beliau sebenarnya tidak layak langsung duduk di negeri ini dan perlu keluar dari sini.

"Sikap biadab Kor Ming itu menunjukkan pemimpin pakatan pembangkang semakin ketandusan idea hingga menjadikan pentas ceramah sebagai landasan mengutuk pemimpin lain dan kedaulatan negeri yang diduduki," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kor Ming yang dianggap menghina kedaulatan Perak dan institusi diraja apabila menggelarkan negeri ini sebagai Perak Darul Kartun.

Yang Dipertua Perkasa Perak, Ahmad Zaini Ismail yang turut mengecam tindakan Kor Ming itu berkata, kenyataan tersebut merupakan sindiran sinis kepada kedaulatan institusi diraja Melayu.

Katanya, sebagai pemimpin yang menikmati kedudukan tertinggi di dalam politik hasil kedaulatan negara yang dinaungi, Kor Ming tidak wajar melakukan pengkhianatan sedemikian. - UM

No comments:

Post a Comment