My Add

Wednesday 7 December 2011

Noh serah kepada PM tentukan kedudukannya dalam PRU-13

PETALING JAYA, RABU, 07 Disember, 2011:
MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata beliau, menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan sama ada beliau akan dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) atau tidak.

Katanya, beliau sendiri tidak tahu sama ada akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang yang disandangnya pada pilihan raya umum nanti.

"Tak tahu... semua tak tahu... itu semua terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Siapa pun tak boleh jangka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ceramah sambil Makan Tengah Hari anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment