My Add

Wednesday 7 December 2011

PM akan lancar Pelan Induk Pelancongan Langkawi esok

LANGKAWI, RABU, 07 Disember, 2011:
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Pelan Induk Pelancongan Langkawi bagi memperkasakan sektor pelancongan di pulau ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, Langkawi mempunyai khazanah alam bertaraf dunia meliputi pulau yang mempesonakan, pantai yang bersih dan kaya dengan biodiversiti.

"Kita ada wawasan dan matlamat untuk tempoh empat tahun akan datang, perlu ada pelan induk untuk gariskan strategi dan inisiatif supaya objektif tercapai.

"Langkawi perlu dibangunkan sebagai satu tempat pelancongan yang lestari,” katanya kepada pemberita dalam satu taklimat mengenai pelancaran pelan induk berkenaan, di sini hari ini.

Beliau berkata, pelancaran itu akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di pulau ini esok. - Bernama

No comments:

Post a Comment