My Add

Sunday 11 December 2011

Ombak Rindu boleh kutip RM14 juta

KUALA LUMPUR, AHAD 11 Disember, 2011:FILEM Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel berjudul sama dijangka mampu mengutip RM14 juta jika tempoh wajib tayang dipanjangkan sehingga enam minggu.

Penerbitnya, Sharad Sharan berkata, jangkaan itu berdasarkan sambutan positif penonton selain promosi berterusan yang dilakukan oleh produksi filem itu.

Menurutnya, kutipan filem itu kini mencecah RM6.5 juta dalam tempoh lapan hari ditayangkan.

"Saya sangat bersyukur dengan sambutan itu. Kami dimaklumkan untuk hari ini sahaja kebanyakan pawagam penuh.

"Malah, pihak pawagam juga menambah jumlah tayangan bagi menampung permintaan penonton pada hujung minggu ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, semalam.

Filem arahan Osman Ali membariskan pelakon Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani. - MM

No comments:

Post a Comment