My Add

Sunday 25 December 2011

Operasi mencari mangsa bot karam di Prigi sehingga esok

JAKARTA, AHAD, 25 Disember, 2011: Operasi mencari pendatang asing tanpa izin pencari suaka yang hilang dalam tragedi bot karam pada 17 Disember lalu di luar pantai Prigi, Trenggalek, Jawa Timur akan hanya diteruskan sehingga esok. 

"Operasi mencari akan hanya diteruskan selepas esom jika ada permintaan oleh pihak tertentu supaya ia diteruskan," kata ketua Jabatan Mencari dan Menyelamat (SAR) Jawa Timur Sutrisno kepada saluran tv, MetroTV.

Hari ini, katanya, operasi itu menumpukan pencarian di kawasan Selat Bali hingga Mataram, Nusa Tenggara Barat membabitkan empat kapal tentera laut Indonesia.
Setakat ini, pasukan mencari dan menyelamat menemui sejumlah 101 mayat mangsa kejadian itu manakala 49 lagi terselamat. 

Lebih 150 pendatang tanpa izin itu, kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berasal dari Timur Tengah, hilang apabila bot yang mereka naiki karam 30 batu nautika dari pantai Prigi, Jawa Timur pada 17 Disember ketika mereka dipercayai sedang cuba diseludup ke Australia. 

Tidak dapat dipastikan dengan jelas jumlah sebenar penumpang di atas bot itu, namun berdasarkan maklumat penumpang yang selamat, pihak berkuasa Indonesia menganggarkan bot itu membawa antara 220 hingga 250 penumpang semasa kejadian berlaku. - BERNAMA 

38 maut bot karam dekat Guantanamo

Daari HAVANA, dilaporkan sekurang-kurangnya 38 orang maut apabila sebuah bot yang membawa pendatang Haiti karam di pesisir Guantanamo di timur Cuba, menurut televisyen Cuba. 

Ia melaporkan 87 orang, termasuk tujuh wanita, diselamatkan selepas pasukan pertahanan Cuba mengesan bot berkenaan 100 meter dari Punta Maisi, 1,111 kilometer ke tenggara Havana.

Tiada butiran mengenai punca kejadian atau destinasi bot berkenaan tetapi usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Mangsa yang terkorban ialah 21 lelaki dan 17 wanita. - Reuters

No comments:

Post a Comment