My Add

Thursday 15 December 2011

Pas gagal halang Parlimen luluskan rang undang-undang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Disember, 2011:Pas hari ini gagal dalam cubaan menghalang Parlimen daripada meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan parti itu mendapatkan kebenaran membuat satu penyemakan kehakiman.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana Yusuf memutuskan permohanan Pas itu tidak kena pada masa, menyusahkan, tidak penting dan juga sebagai satu salah guna proses mahkamah.

Hakim itu memerintahkan Pas membayar RM8,000 sebagai kos kepada kerajaan.

Pas memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran itu menerusi saman asal dikemukakan oleh Timbalan Presiden parti, Mohamad Sabu; Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli dan Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai pihak responden.

Ketika membuat keputusannya Hakim Rohana berkata, permohonan untuk mencabar rang undang-undang berkenaan telah melanggar Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempersoalkan urusan Parlimen. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment