My Add

Monday 5 December 2011

Pas perlu masukkan Hudud dalam manifestonya

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Disember, 2011:
PAS perlu memasukkan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan rayanya dan menjadikannya satu agenda bersama bagi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, lengkap dengan butiran mengenainya, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Saya suka mencadangkan, atas soal ketelusan, supaya Pas memasukkan undang-undang hudud dan pelaksanaannya, dalam manifesto pilihan raya mereka.

"Memandangkan mereka sentiasa kata mereka tidak pernah merujuk rakan dalam pakatan, jadi saya cadangkan dalam forum ini supaya ia dijadikan agenda bersama pembangkang," katanya dalam forum bertajuk 'Hudud: Implikasi ke Atas Orang Bukan Islam di Malaysia' anjuran Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP), di sini semalam.

Soi Lek berkata, dalam usaha memahami hudud dengan lebih mendalam, forum anjuran INSAP ini boleh memberi pengetahuan berguna kepada bukan Islam mengenai undang-undang itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment