My Add

Monday 5 December 2011

4 pemimpin MCA Johor beri laluan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Disember, 2011:
BEKAS Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting bersama tiga lagi pemimpin MCA Johor tidak mahu calonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, tiga pemimpin MCA Johor itu ialah Ahli Parlimen Tebrau, Teng Boon Soon dan dua orang exco kerajaan negeri tersebut iaitu Tan Kok Hong serta Hoo Seong Chang.

''Mereka telah menemui saya secara peribadi dan menyatakan hasrat untuk berundur dan sedia memberi laluan kepada muka baru,'' katanya selepas menghadiri Forum Awam: Hudud dan implikasi terhadap orang bukan Islam di Wisma MCA, di sini semalam.

Beliau mengulas ingatan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya memberi laluan kepada calon-calon baru dengan rela hati.

Sebagai orang UMNO Perdana Menteri berkata, mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya mereka berbuat demikian.

Menjawab soalan faktor calon boleh menang Soi Lek berkata, antara kriteria yang diambil kira MCA adalah kedudukan, pengalaman, pendidikan, penguasaan bahasa dan tahap kesihatan.

''Kita mahu calon yang diketengah adalah di kalangan mereka yang mampu berkhidmat untuk rakyat, mempunyai tahap kesihatan yang baik.

''Dari segi komposisi pula kita akan mengetengahkan calon muda, pertengahan dan berusia. Setakat ini kedudukannya belum kita tentukan lagi,'' katanya lagi. - UM

No comments:

Post a Comment