My Add

Sunday 4 December 2011

PBT diarah lantik OKU dalam jawatankuasa perancangan

KUALA LUMPURa, ahad, 0 Disember, 2011:
PIHAK Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini diarah melantik sekurang-kurangnya seorang Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai anggota jawatankuasa perancangan dan pembangunan dalam PBT masing-masing.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dengan adanya OKU dalam jawatankuasa itu, setiap PBT dapat meningkatkan aksesibiliti OKU kepada bangunan dan kemudahan awam seterusnya menggalakkan persekitaran mesra OKU.

"Pada hari ini memang dah ada dah kod amalan kalau bangunan itu tidak mempunyai kemudahan untuk OKU tak boleh bagi kebenaran... tapi perkara ini masih berlaku juga.

"Jadi bagi membantu untuk memastikan hak OKU itu terjamin, kita minta pada Kabinet dan Kabinet bersetuju supaya OKU dilantik dalam jawatankuasa PBT,” katanya.

Shahrizat berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel dalam ”Forum Khas Karisma OKU: Melonjak Potensi” yang disiarkan secara langsung selama sejam melalui BernamaTV dari Wisma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment