My Add

Sunday 4 December 2011

Wakil rakyat perlu menilai diri - Mutapa Mohamed

KOTA BAHARU, AHAD,  04 Disember, 2011: SEMUA pemimpin terutama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu menyerahkan kepada pucuk pimpinan memilih calon baharu menggantikan mereka, pada pilihan raya umum akan datang, jika merasakan rakyat sudah menolak mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ada kalangan mereka yang telah bertanding sebanyak tujuh atau lapan kali (pada pilihan raya) masih lagi diterima rakyat dan sebab itu mereka perlu menilai diri mereka kali ini sama ada mereka calon yang boleh menang atau sebaliknya.

"Kalau kita sudah ditolak kita buat penilaian sendiri sebelum pucuk pimpinan membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Agrobank Cawangan Kubang Kerian dan Penyerahan Zakat Negeri Kelantan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat (MAIK) di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment