My Add

Friday 23 December 2011

Pegawai SPRM periksa pejabat NFCorp

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 Disember, 2011: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeriksa pejabat National Feedlot Corporation (NFCorp) di Jalan Solaris, Mont Kiara, di sini. 

Difahamkan, enam pegawai dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya memasuki pejabat NFCorp sebelum 3 petang tadi.

SPRM kini menyiasat dakwaan berhubung kontroversi projek penternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (NFC), di Gemas bernilai RM250 juta yang dibiayai dana awam.

Semalam, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan reman selama dua hari mulai selepas didapati cuba menyogok empat pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, yang menjalankan siasatan berkaitan kes NFC dan kes penipuan lain.

No comments:

Post a Comment