My Add

Sunday 4 December 2011

Pembahagian kerusi tidak perlu dibincang terbuka - Tsu Koon

CYBERJAYA, AHAD,  04 Disember, 2011:
PERANCANGAN mengenai pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tidak wajar dibincangkan secara terbuka, kata Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Beliau berpendirian perbincangan secara terbuka itu hanya akan menjejaskan sokongan dan perhubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Kalau semua pihak bersikap positif maka kita tidak sepatutnya bergaduh, sebenarnya pendirian saya selama ini ialah saya tidak mahu berbincang tentang kerusi secara terbuka.

"Tetapi apabila ada pihak yang cuba mengatakan secara negatif tentang kerusi Gerakan, kita hanya membalas dengan niat untuk mempertahankan pendirian parti sahaja.

"Namun tidak sesekali berniat memulakan proses yang boleh mencetuskan situasi perbahasan atau pergaduhan secara terbuka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment