My Add

Sunday 4 December 2011

Kerajaan terus bantu OKU - Shahrizat

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Disember, 2011:
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, usaha kerajaan bagi kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak pernah terhenti, malah sentiasa dipertingkatkan supaya mereka menikmati kehidupan lebih selesa.

Katanya, kerajaan serius membantu OKU supaya golongan itu dapat berdikari seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka kepada yang lebih baik.

Bercakap dalam forum khas bertajuk ”Karisma OKU: Melonjak Potensi” yang diadakan sempena sambutan Hari OKU peringkat Kebangsaan di Wisma Bernama, di sini, Shahrizat berkata RM24 juta diperuntukkan kerajaan kepada 11 institusi yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU.

Selain itu, katanya, RM56 juta diperuntukkan pula kepada Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merangkumi faedah kepada 18,943 OKU di seluruh negara.

Forum tersebut yang disiarkan secara langsung melalui BernamaTV dari Wisma Bernama memberi peluang kepada lebih 200 OKU berinteraksi lebih sejam bersama Menteri itu yang menjadi salah seorang ahli panel. - Bernama

No comments:

Post a Comment