My Add

Friday 23 December 2011

Pemuda UMNO Tebrau desak Adam Adli mohon maaf

SEBAHAGIAN anggota Pergerakan Pemuda UMNO Tebrau mengadakan demonstrasi membantah tindakan Adam Adeli menurun dan menggantikan bendera tertera gambar Perdana Menteri di Ulu Tiram, kelmarin.
JOHOR BAHRU, JUMAAT, 23 Disember, 2011: Pergerakan Pemuda UMNO Tebrau mendesak penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli, 22, yang didakwa biadab menurun dan menggantikan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi supaya memohon maaf secara terbuka dengan segera.

Ketuanya, Syahrin Md. Jamaludin berkata, tindakan berkenaan merupakan sesuatu yang sangat biadab dan mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan itu.

"Perbuatan itu bukan sahaja biadab malah mencerminkan dirinya sebagai seorang individu yang tidak mempunyai tahap intelektual tinggi.

"Apa rasionalnya dia menurunkan bendera itu sedangkan tujuan utamanya untuk menyerahkan memorandum dan ia disambut baik oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah?," katanya semasa mengadakan bantahan berkenaan selepas Majlis Pelancaran Program Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di Dewan Desa Cemerlang, di sini malam semalam.

Bantahan bermula pukul 10 malam itu dihadiri lebih 500 orang termasuk Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sabtu lalu, kira-kira 200 ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkumpul dan berarak untuk menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan kerana didakwa menyekat kebebasan akademik.

Sebelum menyerahkan memorandum bantahan itu, beberapa ahli SMM ketika berpiket di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertindak menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri. - UM

No comments:

Post a Comment